BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

Hujan Oh Hujan!!!!

Assalamualaikum wtb.
Banjir masih terus berlaku di kampungku. Semuanya atas kehendak Allah jua. Mungkin ia sekadar ingatan pada umat manusia atau juga sebagai tanda kasih dan sayangnya pada hamba-hambanya. Namun bagiku banjir menguji kesabaran setiap insan. Mungkin Allah mahu melihat siapakah yang mampu menghadapinya dengan sempurna.
Jika dilihat, hujan yang berlaku seringkali menjadi masalah bilamana ia turun terus terusan tanpa henti. Meskipun, hanya hujan renyai-renyai namun aku rasa aku selalunya tewas akhirnya. Apa yang aku maksudkan ia berkenaan dengan solat tentunya. Solat berjemaah di masjid selalunya jarang benar aku lakukan bilamana cuaca dimonopoli hujan renyai-renyai yang kadang-kadang berubah menjadi lebat . Nafsu tidur seringkali menguasai diri sehinggakan amal wajib diabaikan.
Memikirkan perkara ini, aku beranggapan bahawa diri aku yang memiliki iman yang sedikit ini terlalu lemah dalam menghadapi ujian tuhan. Apa yang menghairankan masjid hanyalah 2 minit berjalan kaki dari rumah aku. Subhanallah. Mengapa aku merasakan ia amat berat untuk aku kerjakan?
Itu baru melibatkan soal solat. Bagaimana pula soal lain. Itu tentunya menimbulkan bukan satu malah seribu satu persoalan yang tidak terjawab dek akal manusia yang agak cetek ilmu pengetahuannya.
Soal seterusnya ialah berkaitan soal kerja. Bagi diri aku yang masih belajar dan kini berada dalam cuti semester, hujan melemahkan terus tulang empat kerat aku. Sebagai contoh, aktiviti membaca yang diminati aku seringkali menjadi penggoda tidur aku bila mana hujan melanda. Mengapa harus begini?
Jawapannya mudah, aku anggap diri aku telah tewas mudah pada pujuk rayu syaitan durjana, yakni musuhku dan mush manusia lain sehingga hari kiamat.
Namun, hari tidak selalunya mendung dan hujan tidak selalunya membadai kita, akan tiba jua suatu masa bilamana cerah hadir dan tiba pada masanya. Maksud aku di sini ialah dalam soal rezeki manusia semasa hujan melanda. Menerusi kaca mata aku, sewaktu hujan ada dalam kalangan penduduk kampung aku di sini mengambil peluang untuk menjala ikan, memukat, memancing dan ada juga yang menjual hasil tanaman mereka seperti ubi keledek dan ubi kayu.
Wah, bukan main seronok penjual-penjual bilamana hasil jualan menguntungkan mereka. Tidak sia-sia mereka memerah keringat selama ini. Sekurang-kurangnya dapur di rumah tetap juga berasap. Inilah yang kita mahukan dan aku juga dambakan. Apakan daya aku juga tertewas dalam tipu daya “Hujan November”.
Dalam pada sesetengah umat manusia bersuka ria, ada juga yang tidur tanpa lena. Hal ini demikian kerana sesetengah mereka berduka cita mengenangkan nasib diri yang malang tatkala semua hasil tanaman tenggelam dek hujan yang melanda, serta haiwan ternakan yang malang dihanyutkan air deras menjelang Hari Raya Korban/Hari Raya Haji/Hari Raya AidilAdha.
Timbul juga rasa simpati dalam diri ini memikirkan penderitaan mereka. Namun apakan daya aku tiada punya kuasa. Mungkin Allah sedang menguji mereka supaya orang seperti aku beringat-ingat dikala suka. Subhanallah.
Kalau kita perasan, hujan yang melanda kadang-kadang berserta ia bayu laut yang lembut yang mana menghasilkan irama simfoni alam yang sungguh merdu. Oh, barulah aku perasan bahawa tatkala orang-orang kaya tidur di rumah yang berhawa dingin yang bebas dari kepanasa malam serta tilam yang lembut, Allah mengirimkan angin lembut menghiburkan mereka-mereka yang masih tinggal dalam kemiskinan yang sering tidur dalam kepanasan malam. Sungguh Allah itu bersifat Maha Penyayang!
Sekian saja, diharap para pembaca terhibur dan mengambil serba sedikit pengajaran yang ada.

Tuesday, November 24, 2009

Pemuda-pemudi harapan bangsa!

Assalamualaikum wtb.

Apa khabar sekalian pembaca? Harap anda sihat sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke atas Ilahi kerana atas kudratnya jua dapatlah patik menulis warkah ini lagi.

Pada kali ini patik ingin sekali membicarakan perihal "pemuda kampungku". Untuk pengetahuan sekalian di kampung patik terdapat banyak sekali anak-anak muda remaja. Jika dihitung dan dilakuakan 'estimation', patik rasa ada dalam 200 orang. Kebanyakannya sebaya dengan patik.

Namun begitu inginlah patik ini membongkar serba sedikit tentang perihal kegiatan anak muda mudi ini. Bagi patik, merekalah keluarga saudara Islam yang tidak wajar kita tinggalkan ke belakang dalam arus moden yang serba mencabar kini.

Genaplah sudah 2 minggu patik bercuti di rumah. Syukurlah segala perancangan yang diatur berjalan lancar seumpama derusan air terjun yang tiada henti mengalir.

Dalam susana patik berhibur dan melakukan aktiviti seharian patik, patik seringkali melakukan serba sedikit pemerhatian terhadap anak-anak remaja di kampung patik.

Antara aktiviti yang terlalu jelas adalah lepak. Lepak adalah satu senario yang sering terjadi dalam kalangan anak remaja. Di kampung patik, patik melihat ramai rakan-rakan seperjuangan sewaktu di sekolah rendah dahulu sekadar menghabiskan masa mereka sekadar berhibur dan melepak. Santai gitu!

Alangkah baiknya sekiranya mereka ini melakukan aktiviti yang lebih berfaedah seperti berkebun ataupun menternak binatang. Setidak-tidaknya, buatlah lesen kenderaan kerana patik merasakan peratusan besar mereka ini tidak memiliki lesen memandu.Namun gaya pemanduan mereka ala-ala Rem-pit profesional gitu! Kadang-kadang tayar depan melompat dulu dan kadang-kadang motor bergerak dengan tayar belakang melompat naik..ish,ish,ish...kesian mereka!

Lebih menyedihkan lagi kebanyakan mereka ini tidak menghabiskan persekolahan mereka. Ada yang setakat darjah enam, PMR dan sehingga SPM semata-mata. persoalannya, adakah ibu-bapa mereka sekadar mahu anak-anak tahu membaca dan menulis sahaja. HELLO, kita sekarang ni kan zaman millenium..umat islam tidak boleh kebelakang. Alternatif lain mesti dicari supaya kita ni maju dan terus maju.

Gejala merokok sememangnya suatu kemestian. Sampai sahaja akil baligh, anak-anak muda ini seolah-olah menjadi kewajipan bagi mereka mencuba aktiviti merokok sehingga ketagihan hadir dalam diri masing-masing. Ibu bapa hanya senyum ketawa, suka-suka sambil berkata "Bgaus anak mak...hisaplah asalkan korang tak habiskan duit aku sudah"...kesian!

Hal inilah yang seringkali membelengu fikiran aku. Aku ini bukanlah nak berlagak superhero tetapi nak sekadar nak membantu orang lain yang masih berada pada tahap zero..

Apakah yang akan jadi pada umat islam di kampungku ini. Dah lah jemaah masjid pun berpecah mengikut fahaman politik masing-masing..aduh, pening, pening!

Kalaupun nak berpolitik, jadikanlah diri kita ni sebagai teladan yang baik buat anak-ank muda kita. Ingat, pemuda-pemudi harapan bangsa dan tiang negara.

Justeru, aku harap akan ada pihak yang tampil menyelesaikan kemelut yang menimpa pemuda-pemudi kampungku...Ingat jangan asyik nak berpolitik saja!

Ahirulkalam, assalamualikum wtb dan salam sejatera.

Saturday, November 14, 2009

saja bosan...saja nak menulis

Assalamualaikum wtb.

Sudah seminggu aku bercuti di kampung. Semuanya kelihatan agak lancar bagi aku cuma kerinduan pada kawan-kawan Intec semakin har semakin menebal. Namun apakan day, jarak memisahkan kami. Kalau tidak dah lama aku melawat rumah diorang.

Pelbagai berita sensasi telah aku dengar dalam akhbar dan televisyen di rumah beberapa hari ini. Antara perkara yang sering aku dengar adalah berkaitan dengan "Permata', Satu Malaysia, sekolah satu aliran, Bai'ah Pas, Banjir, Apec, Nur kasih, Muzik-muzik,isu bakar stadium oleh penyokong Kelantan serta ang ihsan kerajaan Klantan dan banyak lagi isu-isu panas yang sentiasa diselangi dengan kontroversi yang entah bila akan berakhir.

Sedikit sebanyak isu-isu sebegini membuatkan aku berfiir-fikir tentang ketelusan serta rasional di sebalik apa yang berlaku.

Melalui isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan, aku agak terkilan kerana peningkatan perubahan yang agak mendadak sejak akhir-akhir ini.

Perubahan yang aku maksudkan ialah pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris yang akan ditukar semula ke Bahasa Malaysia tidak lama lagi serta sekolah satu aliran sepertimana elah aku sebutkan pada awal tadi.

Baiklah, aku sekaar ingin memberi pendapat erdasarkan pengalaman yang telah aku lalui. Aku berpendapat pembelajaran bahasa sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris sangat bagus dan aku benar-benar bersetuju. Itu ketetapan pendirian aku.

Aku melihat bahawa kejayaan aku dalam bidang Sains dan Matematik adalah kerana berkat tunjuk ajar Cikgu-cikgu aku yang tak pernah berptus asa mencuba sedaya upaya mengajar kami dalm Bahasa Inggeris meskipun mereka pada dasarnya mempelajarinya dalam Bahasa Malaysia. Justeru ia jelas membuktikan bahawa kita boleh kalau kita tidak berputus asa. dan terlalu bergantung pada orang lain. Justeru tepuk dada tanya selera!

Meskipun keputusan telah dibuat dan pindaan telah diatur, kita sebenarnya masih punya ruang dan peluang menyuarakan pendapat kita. Kita tunggu dan lihat dahulu samada berjaya ataupun tidak.

Menerusi program permata negara yang disuarakan datin sri Rosmah, saya sebenarnya masih ragu-ragu dan tidak nampak lagi apa yang ingin diutarakan oleh beliau. Apa sebenarnya program ini?? Apa yang aku tahu ialah program ini adalah bagi membentuk
generasi anak anak pljar yang baik serta berkualiti tinggi. Benarkah? Katanya, program ini akan diperluas di seluruh negara suatu ketika nanti. Persoalannya, adakah halatuju KEMAS akan berubah sekiranya PERMATA di perkenal...cuma apa yang menariknya PERMATA sering kali diuar-uarkan oleh media massa namun hakikat sebenar PERMATA masih kabur. Justeru Datin Seri Rosmah perlu menyatakan matlamat sebenar program ini pada masyarakat umum. Harus!

Mutakhir ini isu berkaitan pembakaran kerusi-kerusi di stadium Bukit Jalil juga hangat diperkatakan oleh media massa dan elektronik. Untuk pengetahuan sekelian pembaca, saya juga pada hakikatnya kurang bersetuju dengan tindakan penonton-penonton Kelantan yang tidak bertanggungjawab itu. Cuma disini saya ingn membawa anda semua ke suatu dimensi baru yang membawa kepada rasiona tindakan mereka itu.

Pertama, tahukah saudara ramai warga Kelantan telah menyewa berpuluh-puluh bas untuk ke stadium bukit jalil bagi menyaksikan perlawanan bola sepak pada minggu lepas. Meskipun terpaksa membayar RM 60-80 dan keatas untuk tiket tambang namun itu semua tidak menjadi masalah kepada mereka....(Patutlah hari pertama saya tiba di Kampung saya mendapati tidak ramai anak-anak uda di kampung saya). Rupa-rupanya mereka semua 'berkampung' di Bukit Jalil..sepupu, anak saudara, abang ipar saya juga turut menyertai perhimpunan besar itu. Di sini kita dapat melihat pengorbanan mereka semata-mata meyaksikan perlawanan yang dijangka hebat. Apa yang menyedihkan permainan pemain Kelantan pada hari itu agak menyedihkan..seolah-olah mereka dib#y%r.
itulah yang menimbulkan rasatidak puashati mereka.

Berita juga ada menyentuh tentang kegagalan kerajaan Kelantan (Pas) untuk mendidik rakyatnya. Hakikatnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain hanya kerana kesalahn minoriti orang lain. Sebenarnya ,asih banyak lagi perkara yang harus ditekankan oeh Kerajaan selain isu ini . Antaranya kematian Teoh Beng Hock dan kes Al tantuya yang semakin menyepi.......

Wednesday, November 11, 2009

Perjalanan percutian Kembara ukhwah yang belum selesai

………meskipun kepenatan namun kembara ukhwah kami perlu diteruskan…! Itulah tekad kami tatkala perjalanan percutian kami diteruskan ke negeri Kedah. Kembara ke negeri takluk Pas ini bermula seawal jam 10 pagi memandangkan jarak Kedah dan Pulau Pinang yang agak jauh, tapi takdelah jauh sangat pun…!
Perjalanan kami terpaksa menempuhi hujan badai yang melanda Sungai Petani dan daerah sekitarnya. Namun begitu, semangat percutian kami tidak luntur meskipun halilintar menyambar bumi! Itulah semangat kembara ukhwah kami yang dipenuhi rasa syukur pada Ilahi.
Setelah sejam perjalanan dari Bakar Tua, kami akhirnya tiba di destinasi pertama kami iaitu Masjid Al Bukhary di Alor Setar. Anda kenal??



Bangunan yang tersergam indah ini benar-benar menarik perhatian kami berenam. Ukirannya yang teliti diserikan dengan bentuk-bentuk yang berupa geometri islam menggamit perasaan kagum dalam diri kami. Subhanallah, itulah yang dapat kami hadirkan ke dalam hati masing-masing. Indah sungguh indah bumi Kedah ini! Kami berasa seolah-olah berada di negara teluk seperti Jordan.



Mana tidaknya, kalau anda memerhati kawasan sekelilingnya, anda pasti sedar akan banyaknya tanaman palma ala pohon kurma di Mesir gitu…
Disebabkan itu, kami berenam tidak sama sekali melepaskan peluang mengambil gambar sebagai kenangan kami di bumi Kedah…


Mereka ni memang tak lekang dengan posing masing-masing….



Ada jer gambar Ridhuan dimana-mana….



Gaya Amin meraikan cinta ala Taj Mahal…siapakah gadis idaman Amin itu????
Selepas penat diikuti lelah yang sedikit sewaktu mengambil gambar, seterusnya kami berangkat ke sekolah aku di Jitra, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SaMSAH).
Tujuan sebenarnya adalah untuk aku melepaskan rinduku pada sekolah yang banyak sekali memberi jasa pada aku. Kami tiba disana pada pukul 5 ptg.
Aku sempat berjumpa dengan junior-junior sekolah aku di sana. Ramai juga yang aku tak sempat jumpa kerana mereka telah pun diminta bertukar sekolah atas sebab-sebab tertentu yang mana berkaitan dengan soal disiplin.
Di sini aku sertakan gambar-gambar kami sewaktu di sana.


..Berehat sebentar di hadapan bilik PK. HEM


Berdiri di hadapan piagam sekolah…


Berposing sebentar di atas rumah hiasan di taman sekolah….
Kerinduan terhadap zaman persekolahan sedikit sebanyak terubat setelah aku memasuki semula kawasan sekolah. Persekitarannya tidak banyak yang berubah..seperti kata pujangga “…pentasnya masih sama cuma aktornya yang berbeza…”.
Destinasi aku tidak terhenti di sini saja..rumah ibu angkat aku yang juga kerani sekolah yang lebih mesra disapa sebagai Cik Nah, menjadi tumpuan…lantas perjalanan kami diteruskan semula….
Untuk pengetahuan pembaca, perjalanan kami hanya mengambil masa selama 15 minit sebelum tiba di rumah Cik Nah di Taman Kemunting, Jitra. Kehadiran kami disambut meriah oleh Cik Nah dan keluarga..


Inilah rumah Cik Nah yang kami kunjungi…….Kami tidak kering gusi mendengar celoteh Cik Nah yang sangat menggelikan hati huhuhu….
Kaki Akif kadang-kadang menendang-nendang lembut di belakang aku sebagai isyarat mahu beredar dari rumah Cik Nah untuk ke destinasi yang seterusnya…jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 6.40 ptg.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua hasrat aku melawat rumah Cik Nah..kini perjalanan kami diteruskan pula ke Souq Al Bukhary, di Alor Setar. Catatan kami disertakan dengan gambar-gambar yang indah sekali…..


Inilah dia…..!


Seumpama Kota Dubai..
Setelah berjalan-jalan selama setengah jam di atas Pasar Raya ini, kami seterunya mencari destinasi yang baru…
Tempat yang seterusnya ialah Masjid Zahir..


Cantik kan….!
Seterusnya kami ke destinasi terakhir iaitu…………..


Radix Fried Chicken..RFC..best!



Halal dan sedap…lagi sedap dari KFC…rugi tak makan! Serius..


Aiman tak kisah….Akif pun suka!
Setelah habis semuanya kami makan maka kami pun berangkatlah pulang semula ke Pulau Pinang..Alhamdulillah, perjalanan kami ke Kedah selamat…kami semua berasa tak sabar untuk ke Pulau Pinang pula…George Town wait for us…..bersambung!

Friday, November 6, 2009

Percutian ke Pulau Pinang dan Kedah

(sambungan)......sepanjang perjalanan kami ke Butterworth pelbagai cerita serta kisah lawak,sedih dan serius dikongsi bersama. pelabagai gambar dan aksi seksi dan menarik juga turut diambil.



Akif sewaktu dalam kesejukan malam di dalam tren



Ini pula gambar aku yg hanya berselimutkan kain pelikat kerana kesejukan malam



aiman dan ridhuan yg sentiasa membuat bising dalam tren


Jam telah menunjukkan pukul 4.15 pagi, kami memandang di luar tingkap dan mendapati bahawa kami kini sudah pun berada di Butterworth.




saat ketibaan di stesen kereta api Butterworth


20 minit selepas ketibaan kami di Pulau Pinang, Yun telah datang menyambut ketibaan kami di stesen kereta api Butterworth. Kami yang agak kepenatan berasa seronok bilamana Yun memandu kereta menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan pelbagai perkara bermain dalam fikiran aku yang baru sahaja mahu mengenali Pulau Pinang secara dekat. Namun secara jujurnya aku dapat katakan Pulau Pinang itu indah!



salah satu kecantikan Pulau Pinang..

Setelah beberapa minit menaiki kereta, akhirnya kami tiba juga di rumah Yun di Bakau Tua. Ibu bapa Yun menyambut kami dengan wajah yang ceria dan mesra.


Aktiviti kami yang pertama di sini ialah solat berjemaah di Masjid berdekatan. Suasana pagi itu agak tenang disulami hujan yang renyai-rentai. Kesejukan pagi menyengat tubuh kami. Namun begitu tiupan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa menghilangkan segala kesulitan.


"Dah agak dah!"..itu yang mampu hati aku katakan bilamana semua kawan-kawan aku yang lain tidur nyenyak bilamana kami selesai solat berjemaah subuh. Aku saja yang tidak tidur waktu tu sebab mood untuk berjalan-jalan di Pulau Pinang mengatasi rasa mengantuk aku pagi tu. Lagipun aku menghabiskan banyak masa aku di dalam tren dengan tidur.


Tidak lama selepas Aiman, Ridhuan, Akif dan Amin tidur, Yun memberitahu aku yang kami bakal memulakan perjalanan ke Kedah pada pukul selepas Zuhur. Wau, seronoknya!
Sudah lama aku tidak berjalan-jalan di negeri Jelapang Padi ini.


Selepas solat Zuhur , kami berlima bersiap siaga untuk meneruskan Kembara Ukhwah kami ke negeri Kedah darul Aman. perjalanan kami pada hari itu ditemani dengan hujan yang lebat. Suasana hujan lebat dapat dirasai bila kami berada di Sungai Petani.


Alhamdulillah, hujan akhirnya berhenti selepas kami melepasi daerah Sungai Petani. Kini perjalanan kami terarah ke Alor Setar, Kedah. Destinasinya ialah Masjid Al Bukhary. Masjid ini didirikan oleh Usahawan Melayu terkenal iaitu Syed Mokhtar Al Bukhary. Suasana indah seperti di Jordan mencuit hati kami. Kami bagaikan dirasuk untuk mengambil sebanyak mungkin gambar sewaktu berada di sini. Geometri sera seni binaan berkonsepkan Islam menarik perhatian kami.....(bersambung)

Wednesday, November 4, 2009

percutian di pulau pinang dan kedah

Assalamualaikum wtb.

Semuanya bergembira, wajah penuh ceria, jiwa penuh sukacita bilamana aku, Riduan,
Amin, Akif dan Aiman memulakan perjalanan percutiaan kami ke Pulau Pinang.
Perjalanan tren kami adalah pada pukul 8.00 p.m tetapi riduan yang bertolak dari
seremban sudah tiba di KL sentral pada pukul 5.30 ptg. Wau! sungguh tidak sabar
budak ni...

Aku, akif dan amin memulakan perjalanan dari komuter shah alam pada pukul 5.30 p.m dan tiba di KL sentral dalam pukul 6.15 p.m. Perjalanan kami agak lancar. Mungkn kerana "kembara Ukwah" kami ini diredhai dan diberkati Ilahi. harap-harapnya!

Kini empat orang sudah berkumpul cuma yang belum tiba si kecik Aiman (meow-meow! Jgn marah ye Aiman...

Jam sudah menunjukkan pukul 7.15a.m tatkala kami selesai solat Maghrib dan jama'Isyak.Aiman masih belum tiba..Kami menunggu dengan sabar. Aiman kata komuter dari KG Dato Harun belum tiba dan dijangka tiba pada pukul 7.25 p.m. Aku agak risau..takut kalau-kalau dia terlepas tren..

pengumuman untuk memasuki tren sudah dibuat..namun aiman masih belum tiba...akhirnya kegelisahan kami berakhir bilamana aiman sudah tiba di KL sentral...lantas kami memasuki tren dan memulakan perjalanan yg penuh adiwarna....(bersambung)....

Tuesday, November 3, 2009

Penantian yg belum pasti

Aku mencari jalan pulang,

Destinasi belum pasti,

kebingungan, kerisauan menghantui diri,



Aku mencari sinar hidayah

Sinarnya pula malap,

Gelap,

menyelubungi lubuk hati,

kepayahan berpanjangan

langkah aku kian goyah

Lantas aku gapai tongkat dunia

langsung tidak membantu

Aku cuba lagi

hampa!



Aku nampak satu sinar

Bagaikan fatamorgana di tanah gersang

sinar itu melarikan diri

aku kejar

aku kuatkan kudrat aku

namun akhirnya aku tersungkur


Aku bangkit..

namun..

Aku masih dalam kegelapan yg sama

apa yg harus aku lakukan...?

Masih tiada jawapan yg pasti..



Justeru jadilah aku seorang penanti..

menanti hadirnya bantuan Ilahi..

Menanti, menanti dan terus menanti..

Sementara kembara masih berbaki...